Mnemonik dalam Ilmu Tajwid
“Risalah yang Kecil pada Bicarakan Ilmu Tajwid al-Quran” oleh Syeikh Muḥammad Ṣāliḥ al-Faṭānī (1309 H/1892 M) merupakan kitab tajwid untuk pemula yang ditulis pada akhir kurun ke-19. Meneruskan tradisi penulisan kitab-kitab tajwid, kitab ini juga menggunakan teknik mnemonik dengan menyenaraikan kumpulan-kumpulan huruf dalam rangkaian kalimat yang mudah dihafal.
Rangkaian-rangkaian kalimat mnemonik ini diekstrak dan disenaraikan dalam penanda buku edisi Ramadan 1445 H kami ini dengan penerangan ringkas mengenai teknik mnemonik. Dihiasi motif Arab-Melayu, penanda buku ini pasti mampu menambah seri mushaf dan membantu mengukuhkan pengetahuan tajwid anda.
Spesifikasi: 15 cm x 5 cm, Gloss Art Card 310gsm (2 sides coated), Matte Lamination (Both), Spot UV (Front). Keluaran: Mac 2024 / Ramadan 1445.
Tanda-tanda Wakaf dalam Mushaf Bercetak
Perasankah anda terdapat huruf-huruf kecil di hujung kalimah dalam al-Quran? Itu adalah tanda-tanda wakaf - simbol yang menunjukkan hukum menghentikan bacaan di situ. Dalam mushaf yang lazimnya digunakan oleh umat Islam pada hari ini, terdapat enam tanda wakaf yang digunakan. Sebenarnya, terdapat beragam set tanda wakaf yang dipilih dalam mushaf-mushaf yang lain. Semua ini bergantung kepada manhaj yang dilazimi oleh para penyalin mushaf.
Kali ini, Bin Anas menerbitkan penanda buku yang memaparkan tanda-tanda wakaf yang digunakan dalam mushaf-mushaf bercetak terpilih berserta maksud yang diwakilinya. Tanda-tanda wakaf ini disusun dan dikategorikan dengan teliti mengikut sejarah dan asal-usulnya. Diharapkan dengan hadirnya penanda buku yang diterbitkan sebagai bahan promosi Maahad Tahfiz Tok Faqih ini, umat Islam dapat menambahkan pengetahuan tentang ilmu waqf ibtida', salah satu cabang ilmu al-Quran yang perlu dihadami oleh pembaca al-Quran.
Spesifikasi: 15 cm x 5 cm, Gloss Art Card 310gsm (2 sides coated), Matte Lamination (Both). Keluaran: Ogos 2024 / Safar 1446.